Pages

30 March 2012

The Struggle

Yo~ Akhirnya dapat online setelah seminggu sekolah~

Apa yang memenatkan ialah sistem 1M1S serta kokurikulum tahun ni, nasib baik tahun ni aku last ikut program KPM nih. Dan tahun ni SPM~

Mengantuk pun ade...
Lately saye asik dapat migraine saje. Ape itu migraine? Cube letak jarum dalam kepale otak, sakit x? camtu la sakitnya, lagi banyak gerak lagi sakit. Nak tidur pun sakit. But, xdelah sampai tahap makan pil, xmau2. Nanti rosak buah pinggang. Kurangkan makan dos2 ubat kalau nak buah pinggang tahan lama~

Ada beberape citer aku nak kongsi~

[1] ~Tasawwur Islam 5226~

Uolls semua tahu kan aku nak ambil subjek tambahan 5226 untuk SPM. The problem is, tahun ni x ramai yang ambil. Pada suatu pagi, kami dipanggil, lima orang pemohon, untuk tunggu berkumpul di depan pejabat. Seperti orang bodoh, kami tunggu lebih satu jam, last2 kene halau balik kelas sebab dianggap ponteng. Ni aku yang nak ponteng ke kau yang suruh aku tunggu? OK2 fine. balik kelas. Belajar2~ dah nak balik dia announce lagi suruh jumpa, OK2 fine. Kami berlima pun terus la masuk berdebat. Diorang seolah-olah nak patahkan semangat kitorang agar kitorang x mohon lagi subjek ni. TT~TT kalau x kasi kenapa x cakap masa awal form 4 dulu?! fuuuu!!! jangan buat aku sedih, dah setahun aku jaga subjek ni. penat sel otak. Aku cikgu kasi ambil, setelah dipersoalkan markah2 tahun lepas. Tapi yang lain? cikgu seolah-olah pandang rendah pade kebolehan kelas lain untuk belajar. Sedih la tengok kawan-kawan kene hina, kene sembur. 

Oleh yang demikian, aku pun tergerak nak buat study 5226 dengan calon-calon yang lain. Setelah bincang2, kami ambil hari khamis, waktu 1M1S untuk discuss paper 5226 ini. Aku ambil semua halangan dan penyindiran ini sebagai satu cabaran. Nasib baik affizar pun dapat amik paper ni, kalau tak sorang2 la aku study. Harap2 calon yang lain pun boleh skor subjek ni. duit dah banyak habis beli buku bebagai.

[2] ~SAPS Ujian 1~

Setelah lama menunggu, (sakit perut pun ade) akhirnya keluar juga result SAPS. results online itu, aku ape lagi, check semua orang punye results (of course aku skali). Aku ade simpan ic beberapa orang yang aku nak pantau pencapaian mereka. Purata pencapaian kelas aku meningkat, cuma ada segelintir saja yang seolah-olah berada di angkasa raya sepanjang masa kita semua belajar sama2 dalam kelas. Faham2 la~ aku memang pantang orang x fokus dalam kelas ni, lagi2 yang main handphone. So santai.

Goodluck for all the test~ walaupun ramai yang fu.. bila masuk bab2 exam nih.
Aku teringin nak tengok kawan-kawan sekelas aku, kawan baik aku, kawan-kawan lama aku semua, dapat at least 5A (straight A pun bagus). Dapat merasa naik pentas dengan kau orang semua. Kau orang semua ada potensi, cuma ia sedang nyenyak tidur di angkasa raya. ehem2. 

[3] ~Isu Tingkatan 5~

Muak aku dengan isu-isu hotstuff kat sdasa skang nih. Naik migraine bila mendengarinye pun. ISU SATU. alahai si paku geylang ulat bulu dah naik daun. Daun gugur ulat jatuh terjelepuk. datang si kucing belang ambik kau kene cakar sama itu kucing. Aku tidak lah mengatakan bercinta itu HARAM MASUK NERAKA JAHANAM TINGKAT GROUND FLOOR API WARNA HITAM itu. Tetapi persoalannya, mengapakah kerangka masanya mesti tepat waktu FORM 5 KAU NAK AMEK SPM??? Kenapa tidak selepas SPM? kenapa tidak tahun lepas? Kenapa tidak engkau sabar menghadapi saje ujian dari Tuhanku ini? Seolah-olah kau orang mencabar ketuhananNya, lantak kau saja bila mase mahu bermesra. Sampai ade yang terlanjur. dalam toilet bau perfume sdasa hebat pun kau santap semuanya. bila dah kantoi terkial2 sorok muka.

*censored* dah x sabar sangat nak buat ni latuh =="




 ISU DUA. isu mulut tak reti nak jaga. isu tangan kaki terbang melayang. dunia ini simple saja, kalau kita jaga mulut kita, hati orang takkan terasa. MULUT KAU MEMANG DAH HOBI SEBUT ORGAN2 LIMITED EDITION NENEK MOYANG KETURUNAN SEMUA YE? itulah masalah budak hotstuff hothot bapak hot neraka jahanam nih. aku tidak menyalahkan mana-mana pihak. Bak kata BOBOI, "SAMA BODOH". Perkara2 macam ni xkan berlaku kalau kau orang jaga perbatasan sistem sosial masing2. ISU TIGA. kesepakatan kelas atau uniti kelas amatlah penting. Kalau kita x sepakat, xkan berlaku keberlangsungan ilmu di dalam kelas. Kita x boleh kedekut ilmu, walaupun dia kita benci sekali pun, pinjamkanlah dia pelita hidup itu. Akan tetapi, jangan lah salah guna uniti ini. ada kelas itu, CUKUP SDASA HEBAT unitinya, sehinggakan berpakat tidak mahu masuk kelas. Aku masih tidak pasti apa alasannya. Mungkin munasabah, mungkin munakkenediaokuat2tanpalotion# oops. mencarut pulak. Memang pelik kelas ni, cuma orang x perasan je kelas yang mane satu. Kita tengok result SPM kelas die gempak x gempak hasil kebersatuan tahap lemak tepu mereka itu.

Sekian wassalam~

19 March 2012

-RESULTS FOR TEST 1-

~_________~ penat. Why?

Mana taknya.... one week holiday... and then, a wild school day appeared. Macam gamba ni lah keadaannya, suram semacam jeh. Somewhat nice la gambar nih. XD

Lets talk about the last test, agak senang bagi aku. tapi masanya agak menyusahkan. Every paper only 1 hour. How and why the fuck? aku pun pening kepala jawab laju2 semua paper. Aku susun dari paling tinggi ye~

Chemistry - 98 A+
P. Islam - 94 A+
Mathematics - 94 A+
Physics - 93 A+
Biology - 91 A+ (ini aku x pasti, asalnye 79, tapi cikgu tambah Paper 3)
B. Melayu - 88 A
Sejarah - 83 A
English - 81 A
Add Math - 80 A (i'm puking rainbows! XD)

Reaksi muka den mase dapat result. XD. Aku memang tak percaya. Lagi2 Kimia 2 markah lagi nak 100!? Thanks to LCM (cikgu tuisyen) for Kimia and LCX (abang dia) for Fizik. Tak rugi bayar tusyen banyak2.

Jangan pelik. Bila ujian 1 jam, memang soalan sikit, dan senang2. Memandangkan hanye masuk bab 1 dan 2 sahaje. Harap2 kekal lah keputusan ni sampai SPM. First time dapat straight A's. 5A+ pulak tuh. selama ni dapat 2A+ saje. lagi2 addmath, study teruk2 last2 first time, selama ni dapat C, dapat gak merase A.

Secara rasminya aku sudah masuk skuad alien kelas aku TT~TT. 

Aku lihat, rakan-rakan aku pun dah semakin meningkat markah masing2. Aku bangga dengan korang, sebodoh mana pun, sepandai mana pun. Aku nampak usaha diorang. Aku nak cakap sikit lah, bab2 belajar ni aku memang suka study group~ ngajar orang sedikit sebanyak, orang pun selalu tunjuk ajar aku. It is mutual beneficial. SO, KALAU SIAPA2 DI LUAR SANA, ingin berjuang bersama saye~ dialu-alukan kita belajar sama-sama. Jangan malu2, bila belajar study group lagi semangat kita belajar kan?


Lagi satu, kalau nak ajak study group~ ajak lah aku mai rumah kau orang. aku ni suke pi rumah orang. Pastu, jangan lupa sediakan makanan XDD selalu aku buat kat umah Syaqeera, masa banyak habis kat dapur aje.
Pasal style belajar kitorang style relax. ade unsur2 PS2 sket. Ade masuk2 sesi minum teh ala-ala jepun. Yang penting, sesi keluar rumah amik angin kejap. Perghh, kalau dah penat study, memang best tengok alam sekitar, lagi2 dapat pulak ayam mengawan time tuh. tergelak2 aku.

Aku nak tegur lah kawan2 aku yang terlalu merendah diri, mengatakan mereka kononnya bodoh tak pandai, lembap dan sebagainya. Please la jangan macam ni, semangat sikit, semangat. Aku pun x sure aku boleh score SPM nanti, tapi at least kita usaha, usha buku banyak sket. Result exam yang fail2 tu buat dek je, SPM lagi 231 hari lagi, still got time.

Pastu, yang gatal sangat tu. Sudah-sudah la. 10 Bulan lagi je pun, lepas tu nak beli condom ke, nak dating celah2 hutan ke itu masalah kau ngan ehem kau. Tanggungjawab seorang remaja kita langsaikan dulu, barulah selesaikan tanggungjawab orang dewasa. Dah besar sangat la telur kau tu? nak menetas dah? Concentrate dulu. Percayalah cakap den, ekau dah kojo nanti memang rindu betul nak masuk skolah balik. 

Sekian saya akhiri coretan saya dengan ayat ini je lah. malas den nak berpantun-pantun. Teks pidato untk ujian lisan x hafal lagi TT~TT.

15 March 2012

~Kisah Nenek Mencuri~

              Assalamualaikum dan salam sejahtera, opening ala-ala karangan SPM pagi ni, memang tak dijangka aku akan re-open Blog ni. Sebabnya aku off dulu, yelah batak amik SPM, sume benda nak off. tapi sekarang jari jemari dah gatal nak menaip. Mari dengar aku berkongsi cerita macam aku selalu buat dulu.


(email ini aku kongsi dengan korang; credit to mohamed al-ashraf b. varusai mohamed; petronas)


Agak sedih dan terharu gak baca kisah hakim juga hadirin dalam mahkamah yang membantu seorang nenek tua membayar denda akibat mencuri ubi kayu. Aku harap masih ramai insan yang berhati mulia seperti dalam kisah di bawah ni… 

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ 


 

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. 

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. 

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. 

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. 

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah. 

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. 

 “Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.” 

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.. 

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini. 



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ha~ Kesian nenek nih. Aku pun bercita-cita nak curi ubi kayu jugaklah~ Mane tau balik-balik dapat sedekah amal jariah rakyat Malaysia kan? XDD 


Lagi satu, bukan jari aje yang gatal, kaki aku pun dah ringan sangat nak menendang nih. Panjang kisahnya... Tak pasal2 dapat name superstar. Kesian kelas aku ngan junior2 aku. Aku tak berdendam dengan si dia mulut celopar, tapi jasa si dia akan kukenang sampai akhirat nanti. Satu aku nak cakap, "DAH PUAS KE BUKAK AIB ORANG KAT DUNIA NI?" fikirkanlah.