Pages

02 October 2011

Random Jokes! again...

Thanks to a facebook page, aku bacaa tergelak2 so aku rase nak share ape yg admin dia post tiap2 hari! kalau nak like page ni, this is the link~


page admins die semua member says.my macam aku, sambil depa post, depa sebarkan kempen says.my in their own unique ways.

Pastikan korang gelak sampai terbalik ye, pastu boleh la tolong follow blog aku yang kurang followers ini XDDD


[Kisah 1]

Seorang pak imam terkejut melihat rambut anaknya yg kerinting bertukar menjadi lurus .

imam : nape dgn rambut kamu tu ?

anak : rebonding, yah.

imam : ape rebonding tu ?

anak : diluruskan yah.

imam : Oooww...

Tiba waktu solat, pak imam pergi ke masjid. Sebelum mengangkat takbir, pak imam 
menoleh ke belakang dan berkata,

imam : safnya tolong direbondingkan ya.

[Kisah 2]

siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan
untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak 
sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu..habiissss 
aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak,
tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muke yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",
kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh
cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok
idong nya pontianak tu pun berkata , "korang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err tapi tadi aku tak nampak!!!"

[Kisah 3]

seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk ke dalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?
...
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

[Kisah 4]

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.

Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

[Kisah 5]

Nenek : Rahmat, nenek sudah xkuat lgi, nenek minta kamu sambung mengushakan kebun nenek

Rahmat :Jgn ckp mcm 2,nek (dlm hati, xsia-sia aku balik kampung..pt pulak harta pusaka nenek).

Nenek :Sgala isi perkebunan,ternakan,villa,traktor4 kamu.Tlg jaga baik2 jgn lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat :"Baik nek, nenek jgn bimbng tntang hal 2.Tpi dimna kebun nenek? Rahmat x pernah taw?"

Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nnt nenek bgtau passwordnya."

Rahmat : "??

[Kisah 6]

dah la tu, kalau nak lawak lagi, pi like page yg aku bg link tadi. it's fun! 

0 comments:

Post a Comment