[Kisah 1] - Nama Pelik
Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).
Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.
Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.
Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.
Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
o Wabarakatuh…”.
Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.
Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.
Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”
Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.
Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”
Cikgu Ajoi :@$%&#^%
Hahahhahahahahahahahahahahhaha
[Kisah 2] - Tajupakalee
Release tension …….
Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.
Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt
satu window tanya password..
"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.
"Yes boss?"
"Sini wifi aper dia punya password?"
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt
window mintak password.
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.
Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.
Lantas gua tekan 'OK'
Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.
"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.
Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
'tujuh empat kali' boleh tak?"
[Kisah 3] - Alasan
Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sunnguh suatu hari tu, sesiapa yang minta balik 5 jam lebih awal hari ini dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.
Haa!! Alasannya mestilah pasal Sembahyang SAHAJA! Tau-Tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang jumpa dengan boss ini..
Mula-mula seorang kerani biasa.
Kerani : Boss, buleh saya pulang Awal?
saya balik nak solat kat rumah..boss, boleh tak??
Boss : Tak boleh!!! kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi banyak pahala...
Kemudian, datang pula seorang Supervisor
Supervisor : Saya bulih balik awai kut boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? ntah-ntah dia ponteng..
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!!..
Pengurus Syarikat pula cuba nasib..
Pengurus : Boss...
Boss : Ha, pasal apa plak ni?? Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errr!!! ye boss!! Bos baik hehehehe...
Boss : Alasan apa lak ngko nie...
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati...ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang Jenazah...
Boss : Tak Boleh!! itu Fardhu Kifayah jer! orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan.Doa kat sini pun boleh..
dah pi buat keje!!
Tiba pula giliran Mat Peon..
Mat Peon : Boss!! saya nak balik awal..Boleh tak?
Boss : Nape?
Mat Peon : Isteri saya telefon,dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Ye ker?? Ha! kalu gitu awak baliklah...kesian awak dah seminggu nunggu..!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!! hahahaha..!! Yess..
2 comments:
sumpah (!) mmg sengal na mati .. hahaha
oi jangan la sampai mati plak XDDD at least sampai masuk hospital ke, ICU ke. XDD
Post a Comment